Lagu Kebesaran Negeri – Negeri di Malaysia
Lagu Kebesaran Johor
Allah peliharakan Sultan
‘Nugerahkan dia
segala kehormatan
sihat dan ria
kekal dan makmur
luaskan kuasa
naungkan kami
rakyat dipimpini
berzaman lagi
dengan merdeka bersatu hati
Allah berkati Johor
Allah selamatkan Sultan

Lagu Kebesaran Wilayah Persekutuan
Harmoni wilayah pertiwi
Semoga sentiasa diberkati
Wawasan hala pembangunan
Sebagai semangat perpaduan
Wilayah Persekutuan
Maju Dan Sejahtera

Lagu Kebesaran Negeri Pahang
Ya Allah Yang Maha Kuasa
Dirgahayu Darul Makmur
Aman dan bahagia sentiasa
Ya Allah selamatkan
Duli Tuanku raja kami

Lagu Kebesaran Negeri Perak
Dilanjutkan
Allah usianya Sultan
Adil dan murah
Memerintah watan
Ditaati rakyat
Kiri dan kanan
Iman yang soleh
Allah kurniakan
Allah berkati
Perak Ridzuan
Allah selamatkan
Negeri dan Sultan

Lagu Kebesaran Negeri Kedah
Allah selamat Sultan Mahkota
Berpanjangan usia di atas Takhta,
Memelihara ugama Nabi kita,
Negeri Kedah serata-rata

Lagu Kebesaran Negeri Kelantan
Lanjutkan usia Al-Sultan kami
Sultan Kelantan raja ikrami
Aman sentosa Tuhan sirami
Kekal memerintah kami
Kasih dan taat setia disembahkan
Keriangan diucapkan
Segala kebesaran Allah cucurkan
Bertambah kemuliaan
Lagu Kebesaran Negeri Melaka
Melaka Bandar Bersejarah
Tempat tumpah darah kita
Dijunjung dengan sepenuh jiwa
Untuk maju dan jaya
Rakyat Melaka sudah bersatu padu
Berikrar taat setia
Jujur berkhidmat setiap masa
Melaka maju jaya

Lagu Kebesaran Negeri Perlis
Amin amin ya Rabaljalil
Doa hamba yang sangat zalil
Kekalkan daulat serta adil
Bagi perintah Jamalullail

Lagu Kebesaran Negeri Pulau Pinang
Selamat Tuhan kurniakan,
Selamat Pulau Pinang,
Negeriku yang mulia,
Ku taat dan setia,
Aman dan bahagia,
Majulah, Jayalah,
Negeriku yang ku cinta,
Bersatu dan bersama,
Untuk negeri kita

Lagu Kebesaran Negeri Selangor
Duli Yang Maha Mulia
Selamat di atas takhta
Allah lanjutkan usia Tuanku
Rakyat mohon restu bawah Duli Tuanku
Bahagia selama-lamanya
Aman dan sentosa
Duli Yang Maha Mulia

Lagu Kebesaran Negeri Sembilan
Berkatlah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan
Kurniai sihat dan makmur
Kasihi rakyat lanjutkan umur
Akan berkati sekalian yang sedia
Musuhnya habis binasa
Berkatlah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan

Lagu Kebesaran Negeri Terengganu
Allah daulatkan Tuanku Sultan
Terengganu Darul Iman
Allah peliharakan Tuanku Sultan
Sejahtera sepanjang zaman
Allah rahmatkan Tuanku Sultan
Memerintah rakyat aman

Lagu Kebesaran Negeri Sabah
Sabah tanahairku,
Negeri kita yang tercinta,
Pemuda-pemudi semua marilah,
Bangunlah bersatu semua.
Marilah bersama serta maju jaya,
Merdeka sepanjang masa,
Bersatu segala bangsa sentosa,
Sabah negeri merdeka.

Lagu Kebesaran Negeri Sarawak
Sarawak tanah airku,
negeriku tanah airku Sarawak,
engkaulah tanah pusakaku,
tanah tumpah darahku,
Ibu Pertiwiku.
rakyat hidup mesra dan bahagia,
damai muhibbah sentiasa,
bersatu,berusaha,berbakti,
untuk Sarawakku cintai.
Sarawak tanah Malaysia,
aman makmur rahmat tuhan,
maha esa,kekallah Sarawak bertuah,
teras perjuangan rakyat,berjaya berdaulat
Downloads
Bahan Pendidikan Sumbangan Guru
bullet Buka MSOffice 2007 di MSOffice 2003  
expand/close
bullet Soalan ICTL Form 1  
expand/close
bullet Soalan ICTL Form 2  
expand/close
Chatbox
You must be logged in to post comments on this site - please either log in or if you are not registered click here to signup



eswary
08 Aug : 02:42
matematik tahun 4 kertas 1dan2

emmet84
10 Jul : 22:31
good stuff!! anyone in this cyber sharing net is a teacher for Special Education(Pendidikan Khas)..it is better if we can share some stuff related to special education..TQ

icefrog
10 Jun : 02:12
may i know that get spm trial exam paper with answer one ??

kawan
02 Jun : 09:40
elo. sy bru kat cni. salam pkenalan. admin ble tak bg password 1000 recipes? tqvm

adymoon
06 May : 17:55
salam admin...ade x video subject science untuk pelajar tahun 4, 5 & 6?merangkumi semua silibus...

mohamad nasir
05 May : 08:20
salam
admin.. ada tak soalan PTK untuk Pembantu tadbir N17

Ranita
03 May : 10:16
Salam. Minta admin atau kawan-kawan yang ada bahan lagu-lagu pop patriotik masukkan kat web ni. Boleh la guna untuk har.i kebangsaan dan hari guru..yg ada minus one lagi baik

shizan
27 Apr : 11:17
sesiapa yang boleh sharing rancangan pengajaran pendidikan moral tahun 6

mistikarjuna
16 Apr : 09:20
thanks bagi respond..takpe boleh tunggu la sekejap kalau nak download.
thnaks again admin.

admin
15 Apr : 23:23
Akaun hotfile tu kena la beli kalau tak mau tunggu lama untuk download bahan daripada server mereka. Free tu kena la tunggu. Ambil masa sedikit. Tetapi kalau nak akaun hotfile yang telah di crack tu biasanya tak tahan lama, sekejap je dah kena block. Itulah masalahnya. Nak ke?

Link to us
Link to us

Online
Guests: 4, Members: 0 ...

most ever online: 86
(Members: 0, Guests: 86) on 14 Apr : 06:20

Members: 157
Newest member: sarra
Counter
This page today ...
total: 19
unique: 3

This page ever ...
total: 66336
unique: 21983

Site ...
total: 112669
unique: 33879